afs abadiey

mencari apa yang dicari???

rencana

Posted by aina08 on April 3, 2008

Makanan seimbang

SEMUA orang tahu kepentingan pemakanan seimbang tetapi perkara ini lebih mudah diucap daripadadiamalkan terutama di kalangan warga kota yang sibuk.
Bagaimanapun, kini mengamalkan pemakanan seimbang bukan hanya menjadi masalah warga kota saja kerana ia turut berlaku pada penduduk di luar bandar dan di kampung.
Peningkatan kadar kegemukan dan obesiti adalah petanda paling jelas menunjukkan soal keseimbangan makanan terabai. Namun, perlu diingat tidak semestinya orang yang kurus dan tiada masalah berat badan tidak mengalami perkara ini.
Bagi kebanyakan orang, asal dalam sehari sajian kita mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, sumber protein, kalsium dan karbohidrat sudah mencukupi. Namun, ramai lupa soal sukatan sayur dan buah harian iaitu sekurang-kurangnya lima hidangan sehari untuk mendapat semua khasiat yang diperlukan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan untuk meningkatkan kesihatan kita perlu mengambil lebih daripada lima hidangan sayur dan buah setiap hari dengan mengurangkan jumlah lemak serta mengamalkan senaman secara tetap dan teratur.Selain itu, sayur dan buah yang dimakan pula perlu pelbagai. Lebih berwarna-warni seperti lampu isyarat, lebih baik kerana khasiat yang tiada pada sayur-sayuran hijau akan disumbangkan daripada sayur berwarna merah atau kuning.
Kesukaran mengamalkan pemakanan seimbang dialami kebanyakan orang termasuk pakar pemakanan dan perubatan sendiri. Tanpa sedar gaya pemakanan yang kita amalkan kini secara perlahan-lahan akan membawa kita kepada masalah kekurangan zat.
Antara kaedah mudah untuk mengatasi kekurangan ini ialah pengambilan pil makanan tambahan. Menurut Pakar Diet Kanan, Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur, Farah Diba Khan, badan kita memerlukan tujuh jenis nutrien asas setiap hari iaitu karbohidrat, protein, lemak, serat, cecair, garam dan vitamin serta mineral.
Bagaimanapun, masalah kekurangan nutrien yang biasanya berlaku hanyalah membabitkan kumpulan terakhir vitamin dan mineral yang dikategorikan sebagai mikro nutrien.
Walaupun jumlah yang diperlukan sangat kecil tetapi vitamin sangat penting untuk memproses protein, karbohidrat dan lemak.
Malah, ia juga penting untuk membantu membina sel, tisu dan organ. Inilah sebabnya mangsa kebakaran yang melecur kulitnya akan diberikan multi vitamin dalam makanan mereka bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
“Secara umumnya pengambilan pil multi vitamin setiap hari sudah mencukupi. Tidak perlu mengambil pil vitamin yang berasingan kerana tujuan asalnya ialah untuk menampung kekurangan vitamin dan mineral daripada makanan,” katanya kempen ‘Now I Am Complete’ anjuran Wyeth Consumer Healthcare.


Pengambilan vitamin harian dapat membantu:
*                   

 Membantu kesihatan jantung – Vitamin B6, B12 dan asid folik boleh mengurangkan risiko penyakit jantung seperti aritmia (degupan jantung tidak teratur dan tetap), aterosklerosis (salur darah menjadi keras), masalah koronari jantung, serangan dan kegagalan jantung. Namun, makan pil multi vitamin saja tidak cukup kerana ia perlu disertakan dengan pengambilan serat dan senaman.  Meningkatkan paras tenaga – Punca utama keletihan ialah tekanan sama ada tekanan kerja, kewangan atau rumah tangga. Selain itu, gaya pemakanan tidak seimbang dan diet yang tidak disarankan doktor juga boleh menyebabkan keletihan.
Untuk meningkatkan paras tenaga kita memerlukan vitamin B kompleks, zink, vitamin C, magnesium dan potasium – semuanya terkandung dalam pil multi vitamin.
Pada masa sama, kita juga perlu minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari untuk mengembalikan kesegaran tubuh.
Antara cara lain yang boleh dilakukan untuk meningkatkan paras tenaga ialah bersenam sekurang-kurangnya berjalan cepat selama 15 minit beberapa kali seminggu, kawal pengambilan gula, minuman mengandungi kafein dan alkohol; tidur secukupnya dan menyimpan ‘diari paras tenaga’ untuk mengenal pasti bila anda berasa sangat letih atau bertenaga.
Dari sini anda boleh mengagak faktor yang menyebabkan masalah ini.
  Menyokong sistem imun badan – Badan memerlukan set vitamin dan mineral yang lengkap bagi menguatkan daya pertahanan badan terutamanya vitamin C, kuprum dan zink.     Membantu mengekalkan kesihatan mata – Merokok, pendedahan terhadap radikal bebas dan diet tidak sihat boleh menjejaskan kesihatan mata. Kajian menunjukkan perokok berisiko 6.6 kali mengalami masalah kerosakan retina yang menyebabkan penglihatan terjejas terutama selepas berumur 55 tahun.

Seperti namanya, mikro nutrien diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Oleh kerana kebanyakan orang tidak tahu sama ada makanan harian kita mempunyai cukup mikro nutrien, jadi pengambilan sebiji pil multi vitamin sehari sudah memadai.
Namun, bagi individu yang menghidap penyakit seperti penyakit buah pinggang kronik, disarankan mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu sebelum mengambil sebarang pil makanan tambahan masalah berlebihan sesetengah nutrien tertentu dapat dielakkan.
Selain itu, patuhi arahan pengambilan pil multi vitamin seperti yang tertera pada label dan pastikan ia diambil bersama air kosong atau suam dan bukannya teh mahu pun kopi. Ini penting bagi memastikan badan dapat menyerap khasiat yang diperlukan dengan lebih cekap dan berkesan.

gambar piramid makanan seimbang  

One Response to “rencana”

  1. hafsah said

    cam tau2 je tajuk yang aku berminat sgt hehe, kalu ada pic makanan yang real lg best..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: