afs abadiey

mencari apa yang dicari???

Pelajar maut motosikal dirempuh Kancil

Posted by aina08 on March 31, 2008

NILAI: Seorang pelajar kolej swasta maut apabila motosikal yang ditunggangi dilanggar sebuah Perodua Kancil di persimpangan lampu isyarat dekat Bandar Baru Nilai di sini, malam kelmarin. Mangsa, Muhammad Norhafizi Nor Hafizan, 20, dari Tanjung Karang, Selangor yang cedera parah di kepala maut di tempat kejadian jam 8.20 malam.

Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku ketika motosikal ditunggangi mangsa bersama rakan, Abdul Shafiq Abdul Rashid, 20, dari Kulim, Kedah, dalam perjalanan dari Pekan Nilai ke Stadium Tertutup Nilai.

Katanya, apabila sampai di persimpangan lampu isyarat secara tiba-tiba motosikal mangsa dilanggar di sebelah kanan oleh sebuah Perodua Kancil yang dipandu seorang penuntut perempuan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari arah Bandar Baru Nilai menuju ke pasar raya Giant.Kejadian itu menyebabkan motosikal yang ditunggang Muhammad Norhafizi hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan raya.“Kemalangan itu menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini, semalam.Jurucakap polis berkata, pembonceng motosikal, Abdul Shafiq, tercampak di bahu jalan dan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Pemandu kereta Perodua Kancil hanya cedera ringan,” katanya.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat dan diserahkan kepada ahli keluarganya untuk urusan pengkebumian pagi semalam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan yang berlaku itu berpunca daripada lampu isyarat yang tidak berfungsi,” katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan berhati-hati apabila melalui lampu isyarat yang tidak berfungsi bagi mengelakkan kemalangan seperti itu berulang.

3 Responses to “Pelajar maut motosikal dirempuh Kancil”

  1. Shakirah Sallehuddin said

    Innalillah…Al-Fatehah..dah lama nak tahu pasal berita ni. tetiba terjumpa kat sini news ni..Ni yang takut nak amik lesen kete ni..Ya Rabb..astagfirullahi a’la kulli zanbin…

  2. budok qlate said

    selalulah berhati-hati dalam semua perkara..mulakan sesuatu dengan ungkapan Basmalah..moga diLindungi olehNYA..AMIN

  3. izmal said

    inaliliah…semuanya mesti ada hikmahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: