afs abadiey

mencari apa yang dicari???

PASUKAN FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN (FKP) JUARA BADMINTON

Posted by aina08 on February 16, 2008

NILAI- “Pantang berundur sembelum kalah.” Itulah kata semangat pasukan FKP yang menjadi johan keseluruhan pertandingan badminton sempena SUFA 2008 USIM. Pertandingan ini berlangsung selama dua hari yang bertempat di Stadium Tertutup Nilai.  

Menurut Datu Mohd Sallehin, 22, selaku ketua pasukan FKP berkata, “saya berasa sangat gembira dan berbangga di atas kemenangan ini, serta berterima kasih kepada penyokong-penyokong FKP. Kemenangan ini satu kejayaan yang bermakna bagi saya dan pasukan FKP.

  “Kemenangan ini adalah hasil daripada kerjasama dalam berpasukan, komitmen pada diri, semangat yang kuat, dan bersungguh ketika bermain,serta disiplinkan diri untuk menjadi seseorang pemain yang berjaya,’’katanya.sukan

wajah-wajah kegembiraan pasukan FKP selepas bergelar juara badminton USIM        

             Sementara M.Syamsul Anam, 20, pemain badminton pasukan FPBU berkata, “badminton adalah satu sukan yang menyeronokan, menguji minda dan secara tidak langsung dapat mencerdas minda. Untuk menjadi pemain yang baik dan cemerlang, pemain itu perlulah membuat latihan sebelum bertanding dan mempratikan pada orang yang bermain.”

            “Walaupun pasukan FSU kalah di dalam pertandingan badminton, namun saya tetap berbangga dengan permainan yang dipersembahankan oleh pasukan saya. FSU kalah bukan kerana kurang bakat tetapi masalah pemain FSU cedera ketika berlawan dengan pemain pasukan FEM pada set kedua, kata Nurhidayah Mohd Tuan, 20.

            “Semua pemain berbakat dan memberi komitmen yang tinggi ketika latihan dijalankan. Saya berharap pada masa hadapan pasukan FSU menjadi  jaguh badminton USIM,” ujarnya.

  

# # # tamat

               

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: