afs abadiey

mencari apa yang dicari???

Bengkel Kaunseling

Posted by aina08 on February 16, 2008

NILAI-Sempena Minggu Integriti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), pelajar Kaunseling Tahun Tiga dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) telah mengadakan satu bengkel khusus kepada pelajar-pelajar USIM. Bengkel ini dijalankan selama tiga hari yang bertempat di lobi FKP.

            Di dalam bengkel ini terdapat lapan kumpulan, setiap kumpulan mempunyai aktiviti sendiri. Antara aktiviti yang diadakan ialah ujian minda, ujian personaliti, ujian tanggungjawab, kerjaya, gaya bercinta, ujian hoka-hoki dan lain-lain lagi. Contohya ujian hoka-hoki, ujian ini menentukan sama ada seseorang itu mempunyai kecederungan hemisferik otak kiri (hoki) atau otak kanan (hoka). Semakin tinggi peratusan atau skor yang diperolehi, semakin tinggi kecederungan hoka dan semakin rendah kecederungan hoki.

Menurut Nurliyana Mohamad Razali, 22, salah seorang daripada pelajar kaunseling tahun tiga yang mengendalikan bengkel ini berkata, saya amat bersyukur di atas penyertaan pelajar-pelajar yang amat menggalakkan dan berterima kasih kepada semua yang memberi kerjasama dalam menjayakan bengkel ini yang di adakan julung kalinya.

“Saya harap dengan adanya bengkel ini, pelajar-pelajar di USIM boleh mengenalpasti dan menangani masalah dengan sebaiknya, mengenali diri masing-masing, mengurangkan tekanan, mempunyai keyakinan pada diri dalam melakukan sesuatu perkara, berpotensi, dan berani menghadapi segala rintangan serta dapat membantu orang lain menyelesaikan masalah,” katanya.

 kaunseling

   kaunselor sedang membantu pelajar-pelajar  menyelesaikan masalah

“Menurut Alifah M.fadzlillah, 22, berkata, “sekarang saya lebih mengenali diri saya serta dapat memperbaiki kekurangan diri kearah yang lebih baik setelah mengikuti bengkel ini.

Sementara Hafsah Mohamad, 23, berkata, “bengkel ini sangat menarik walaupun tempatnya kecil dan tidak strategik.  Di dalam bengkel ini saya dapat menguji tahap personaliti, tekanan serta boleh mengetahui kelebihan diri dan mengetahui diri saya samada romantik atau tidak.”

“Bengkel ini amat beerti buat saya dan banyak pengetahuan baru yang saya perolehi. Selain itu, bengkel ini dapat memberi peluang kepada saya untuk lebih mengenali diri sendiri, mengetahui potensi dan cara untuk mengatasi tekanan,” ujar Raja Hasanah Raja Bongsu, 22.                                                             

                                                                                  ###tamat

One Response to “Bengkel Kaunseling”

  1. rullhieda0612 said

    Kombinasi warna yang digunakan agak menarik dan bersesuaian dengan imej penulis blog itu sendiri yang sukakan keserhanaan.Isi juga menarik dan mampu menarik minat setiap pembaca

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: