Archive for the ‘Uncategorized’ Category
PASUKAN FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN (FKP) JUARA BADMINTON
Posted by aina08 on February 16, 2008
NILAI- “Pantang berundur sembelum kalah.” Itulah kata semangat pasukan FKP yang menjadi johan keseluruhan pertandingan badminton sempena SUFA 2008 USIM. Pertandingan ini berlangsung selama dua hari yang bertempat di Stadium Tertutup Nilai.
Menurut Datu Mohd Sallehin, 22, selaku ketua pasukan FKP berkata, “saya berasa sangat gembira dan berbangga di atas kemenangan ini, serta berterima kasih kepada penyokong-penyokong FKP. Kemenangan ini satu kejayaan yang bermakna bagi saya dan pasukan FKP.
“Kemenangan ini adalah hasil daripada kerjasama dalam berpasukan, komitmen pada diri, semangat yang kuat, dan bersungguh ketika bermain,serta disiplinkan diri untuk menjadi seseorang pemain yang berjaya,’’katanya.
wajah-wajah kegembiraan pasukan FKP selepas bergelar juara badminton USIM
Sementara M.Syamsul Anam, 20, pemain badminton pasukan FPBU berkata, “badminton adalah satu sukan yang menyeronokan, menguji minda dan secara tidak langsung dapat mencerdas minda. Untuk menjadi pemain yang baik dan cemerlang, pemain itu perlulah membuat latihan sebelum bertanding dan mempratikan pada orang yang bermain.”
“Walaupun pasukan FSU kalah di dalam pertandingan badminton, namun saya tetap berbangga dengan permainan yang dipersembahankan oleh pasukan saya. FSU kalah bukan kerana kurang bakat tetapi masalah pemain FSU cedera ketika berlawan dengan pemain pasukan FEM pada set kedua, kata Nurhidayah Mohd Tuan, 20.
“Semua pemain berbakat dan memberi komitmen yang tinggi ketika latihan dijalankan. Saya berharap pada masa hadapan pasukan FSU menjadi jaguh badminton USIM,” ujarnya.
# # # tamat
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
Bengkel Kaunseling
Posted by aina08 on February 16, 2008
NILAI-Sempena Minggu Integriti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), pelajar Kaunseling Tahun Tiga dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) telah mengadakan satu bengkel khusus kepada pelajar-pelajar USIM. Bengkel ini dijalankan selama tiga hari yang bertempat di lobi FKP.
Di dalam bengkel ini terdapat lapan kumpulan, setiap kumpulan mempunyai aktiviti sendiri. Antara aktiviti yang diadakan ialah ujian minda, ujian personaliti, ujian tanggungjawab, kerjaya, gaya bercinta, ujian hoka-hoki dan lain-lain lagi. Contohya ujian hoka-hoki, ujian ini menentukan sama ada seseorang itu mempunyai kecederungan hemisferik otak kiri (hoki) atau otak kanan (hoka). Semakin tinggi peratusan atau skor yang diperolehi, semakin tinggi kecederungan hoka dan semakin rendah kecederungan hoki.
Menurut Nurliyana Mohamad Razali, 22, salah seorang daripada pelajar kaunseling tahun tiga yang mengendalikan bengkel ini berkata, saya amat bersyukur di atas penyertaan pelajar-pelajar yang amat menggalakkan dan berterima kasih kepada semua yang memberi kerjasama dalam menjayakan bengkel ini yang di adakan julung kalinya.
“Saya harap dengan adanya bengkel ini, pelajar-pelajar di USIM boleh mengenalpasti dan menangani masalah dengan sebaiknya, mengenali diri masing-masing, mengurangkan tekanan, mempunyai keyakinan pada diri dalam melakukan sesuatu perkara, berpotensi, dan berani menghadapi segala rintangan serta dapat membantu orang lain menyelesaikan masalah,” katanya.

kaunselor sedang membantu pelajar-pelajar menyelesaikan masalah
“Menurut Alifah M.fadzlillah, 22, berkata, “sekarang saya lebih mengenali diri saya serta dapat memperbaiki kekurangan diri kearah yang lebih baik setelah mengikuti bengkel ini.
Sementara Hafsah Mohamad, 23, berkata, “bengkel ini sangat menarik walaupun tempatnya kecil dan tidak strategik. Di dalam bengkel ini saya dapat menguji tahap personaliti, tekanan serta boleh mengetahui kelebihan diri dan mengetahui diri saya samada romantik atau tidak.”
“Bengkel ini amat beerti buat saya dan banyak pengetahuan baru yang saya perolehi. Selain itu, bengkel ini dapat memberi peluang kepada saya untuk lebih mengenali diri sendiri, mengetahui potensi dan cara untuk mengatasi tekanan,” ujar Raja Hasanah Raja Bongsu, 22.
###tamat
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
putih kesayanganku
Posted by aina08 on January 27, 2008
bismillahirahmanirahim,salam
sebulum saya bercerita, izinkan saya meluahkan isi hati saya terlebih dahulu.saya rasa bersyukur ke hadrat ilahi dan gembira sangat sebab dah ada blog sendiri.saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada miss adzrah atas tunjuk ajarnya.tanpa miss mungkin saya tak boleh nak mencipta blog sendiri. jasa baik miss tak akan saya lupakan. dengan adanya blog saya dapat berkongsi cerita, pengalaman,ilmu dan lain-lain lagi dengan orang lain.ini adalah satu ilmu yang baru dan ianya amat berharga bagi diri saya, kerana sebelum ni saya tak tahu apa-apa tentang blog.
di sini saya nak bercerita tentang kucing kesayangan saya. saya ada seokor kucing jantan kat rumah. saya bagi namanya putih sebab semua bulunya berwarna putih. ia seekor kucing yang comel,ekornya panjang,bulunya putih dan bersih. ia makan ikan rebus je.dalam sehari ia makan tujuh ekor ikan rebus. ia seekor kucing yang pandai, duk kat dalam rumah je. ia akan keluar rumah apabila ia nak membuang hajatnya.saya sangat sayangkanya. saya akan rasa sedih jika ia tiada lagi di dunia ni.

Posted in Uncategorized | 3 Comments »




