afs abadiey

mencari apa yang dicari???

Archive for the ‘news’ Category

Badan Sihat Minda Cergas

Posted by aina08 on April 15, 2008

Badan Sihat Minda Cergas

 

NILAI – “Kesihatan tubuh badan sangat penting untuk membina generasi yang sihat dan sejahtera.”Itulah kata-kata Nazira Husin, 41, seorang pengguna produk Herbalife.

“Dahulu ahli keluarga saya tidak sihat, pelbagai cara saya usahakan dan banyak produk digunakan, tetapi semuanya tidak berhasil. Setelah kami mencuba produk Herbalife kami sermua kembali normal dan boleh melakukan sebarang aktiviti dengan baik,” katanya.

Beliau membuka gerai Herbalife di Stadium Tertutup Nilai sempena Konvesyen Keusahawanan Islam (ICEP) 2008. Ramai pelajar dan pengunjung datang membuat pemeriksaan kesihatan tubuh badan. Setiap seorang dikenakan RM2.

Menurut  Raja Hasanah Raja, 22, seorang pelajar USIM yang membuat pemeriksaan kesihatan di gerai Herbalife berkata, “saya dapati  tahap kesihatan saya berada di tahap yang sederhana , dan ada potensi untuk mendapat penyakit. Selepas membuat pemeriksaan, baru saya tahu diri saya yang sebenar.

            “Saya sedar bahawa diri saya berada di tahap demikian. Ini mungkin kerana faktor pemakanan yang saya ambil tidak seimbang dan kurang bersenam. Saya berazam untuk mengubahnya dan tidak mahu hidup di dalam penyakit.”

Sementara Alifah M.fadzlillah, 22, berkata, “pemeriksaan kesihatan sangat penting kepada diri kita. Selepas membuat pemeriksaan saya dapat mengetahui berat badan, dan kelemahan pada tubuh badan saya.

“Saya akan cuba mengelak  daripada mengambil makanan yang mengandungi banyak lemak dan makan makanan berkhasiat serta banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran.” Bak kata pepatah “mencegah lebih baik daripada merawat”gambar

Puan Nazira sedang memberi penerangan kesihatan  kepada pelanggannya

 

            

 

 

 

 

 

 

 

Posted in news | 3 Comments »

Pelajar maut motosikal dirempuh Kancil

Posted by aina08 on March 31, 2008

NILAI: Seorang pelajar kolej swasta maut apabila motosikal yang ditunggangi dilanggar sebuah Perodua Kancil di persimpangan lampu isyarat dekat Bandar Baru Nilai di sini, malam kelmarin. Read the rest of this entry »

Posted in news | 3 Comments »