afs abadiey

mencari apa yang dicari???

Archive for February, 2008

kenangan aku bersama ain

Posted by aina08 on February 16, 2008

cuti sem baru-baru ni ain ikut aku balik kampung. aku rasa best sangat, sbb ada juga kawan nak ikut aku balik kampung. kami sampai kt kampung pada malam sabtu. pada esok harinya aku dan ain ikut mama p sungai petani.selepas balik dari sungai petani aku bawa ain jalan-jalan tengok kampung aku.ain cakap best sangat duk kt kampung aku sbb kampung aku ni dekat dgn gunung, keadaanya sejuk.

pada hari rabu aku bawa ain p insaniah kt alor setar. aku p jumpa kwn kt sna. kebetulan hari tu semua pelajar insaniah balik kampung, jadi tiket ke baling dah hbs dijual, maka kami terpaksa la naik bas lompat. rasa penat sangat coz kami terpaksa berdiri selama dua jam dari alor setar ke sungai petani. sampai je kt bus stop sungai petani kami terus naik bas sungai petani ke baling. kul lapan baru kami sampai kt umah.

pada hari khamis aku bawa ain p makan kenduri kt umah tok aku, p.ngah aku kahwin. lepas balik dari kenduri kami p lata bayu dgn p.su dan keluarganya. lepas tu kami p ulu legong pula tempat air panas. kt sana ramai sgt orang, nak msk pun susah terpaksa la berebut-rebut.lama juga kami duk kt sana. kul dua pagi baru kami balik umah. aku rasa best sangat. ini lah satu kenangan yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila.

                                                                                                                                                                       gmbrku 

aku dgn ain kt lata bayu

Posted in kenangan | Leave a Comment »

PASUKAN FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN (FKP) JUARA BADMINTON

Posted by aina08 on February 16, 2008

NILAI- “Pantang berundur sembelum kalah.” Itulah kata semangat pasukan FKP yang menjadi johan keseluruhan pertandingan badminton sempena SUFA 2008 USIM. Pertandingan ini berlangsung selama dua hari yang bertempat di Stadium Tertutup Nilai.  

Menurut Datu Mohd Sallehin, 22, selaku ketua pasukan FKP berkata, “saya berasa sangat gembira dan berbangga di atas kemenangan ini, serta berterima kasih kepada penyokong-penyokong FKP. Kemenangan ini satu kejayaan yang bermakna bagi saya dan pasukan FKP.

  “Kemenangan ini adalah hasil daripada kerjasama dalam berpasukan, komitmen pada diri, semangat yang kuat, dan bersungguh ketika bermain,serta disiplinkan diri untuk menjadi seseorang pemain yang berjaya,’’katanya.sukan

wajah-wajah kegembiraan pasukan FKP selepas bergelar juara badminton USIM        

             Sementara M.Syamsul Anam, 20, pemain badminton pasukan FPBU berkata, “badminton adalah satu sukan yang menyeronokan, menguji minda dan secara tidak langsung dapat mencerdas minda. Untuk menjadi pemain yang baik dan cemerlang, pemain itu perlulah membuat latihan sebelum bertanding dan mempratikan pada orang yang bermain.”

            “Walaupun pasukan FSU kalah di dalam pertandingan badminton, namun saya tetap berbangga dengan permainan yang dipersembahankan oleh pasukan saya. FSU kalah bukan kerana kurang bakat tetapi masalah pemain FSU cedera ketika berlawan dengan pemain pasukan FEM pada set kedua, kata Nurhidayah Mohd Tuan, 20.

            “Semua pemain berbakat dan memberi komitmen yang tinggi ketika latihan dijalankan. Saya berharap pada masa hadapan pasukan FSU menjadi  jaguh badminton USIM,” ujarnya.

  

# # # tamat

               

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Bengkel Kaunseling

Posted by aina08 on February 16, 2008

NILAI-Sempena Minggu Integriti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), pelajar Kaunseling Tahun Tiga dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) telah mengadakan satu bengkel khusus kepada pelajar-pelajar USIM. Bengkel ini dijalankan selama tiga hari yang bertempat di lobi FKP.

            Di dalam bengkel ini terdapat lapan kumpulan, setiap kumpulan mempunyai aktiviti sendiri. Antara aktiviti yang diadakan ialah ujian minda, ujian personaliti, ujian tanggungjawab, kerjaya, gaya bercinta, ujian hoka-hoki dan lain-lain lagi. Contohya ujian hoka-hoki, ujian ini menentukan sama ada seseorang itu mempunyai kecederungan hemisferik otak kiri (hoki) atau otak kanan (hoka). Semakin tinggi peratusan atau skor yang diperolehi, semakin tinggi kecederungan hoka dan semakin rendah kecederungan hoki.

Menurut Nurliyana Mohamad Razali, 22, salah seorang daripada pelajar kaunseling tahun tiga yang mengendalikan bengkel ini berkata, saya amat bersyukur di atas penyertaan pelajar-pelajar yang amat menggalakkan dan berterima kasih kepada semua yang memberi kerjasama dalam menjayakan bengkel ini yang di adakan julung kalinya.

“Saya harap dengan adanya bengkel ini, pelajar-pelajar di USIM boleh mengenalpasti dan menangani masalah dengan sebaiknya, mengenali diri masing-masing, mengurangkan tekanan, mempunyai keyakinan pada diri dalam melakukan sesuatu perkara, berpotensi, dan berani menghadapi segala rintangan serta dapat membantu orang lain menyelesaikan masalah,” katanya.

 kaunseling

   kaunselor sedang membantu pelajar-pelajar  menyelesaikan masalah

“Menurut Alifah M.fadzlillah, 22, berkata, “sekarang saya lebih mengenali diri saya serta dapat memperbaiki kekurangan diri kearah yang lebih baik setelah mengikuti bengkel ini.

Sementara Hafsah Mohamad, 23, berkata, “bengkel ini sangat menarik walaupun tempatnya kecil dan tidak strategik.  Di dalam bengkel ini saya dapat menguji tahap personaliti, tekanan serta boleh mengetahui kelebihan diri dan mengetahui diri saya samada romantik atau tidak.”

“Bengkel ini amat beerti buat saya dan banyak pengetahuan baru yang saya perolehi. Selain itu, bengkel ini dapat memberi peluang kepada saya untuk lebih mengenali diri sendiri, mengetahui potensi dan cara untuk mengatasi tekanan,” ujar Raja Hasanah Raja Bongsu, 22.                                                             

                                                                                  ###tamat

Posted in Uncategorized | 1 Comment »